Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 29-Aug-2009 18:16
Sejarah Bendera Malaysia
JALUR GEMILANG yang dilihat hari ini sebenarnya telah pun wujud sejak negara belum mencapai kemerdekaannya lagi. Sejarah merekodkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu pertandingan merekacipta bendera peringkat kebangsaan.

Melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk Bendera. Satu pertandingan peringkat kebangsaan telah dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan bagi mencari Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru seterusnya memilihnya sebagai lambang kewujudan kerajaan Persekutuan. Pertandingan ini telah dikelolakan oleh Jawatankuasa Khas yang dibentuk dan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Sir Alec Newboult.

Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini mengemukakan 373 rekabentuk bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan pemilihan dan pada akhirnya hanya tiga rekabentuk bendera sahaja telah terpilih ke peringkat akhir.
Surat Mohamed Hamzah yang disertakan ketika mengemukakan cadangan rekabentuk bendera Malaysia
Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima manakala rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga pula menampilkan 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna putih di bahagian tepi kirinya.

Majlis Perundangan Persekutuan seterusnya menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail ketika itu. Keputusan akhir yang disiarkan pada 29 November 1949 menunjukkan majoriti orang telah memilih rekabentuk ketiga yang telah dicipta oleh seorang arkitek di Jabatan Kerja Raya Johor iaitu En. Mohamed bin Hamzah.

Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan telah dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah ketika itu yang meminta warna putih bulan sabit ditukar kepada warna kuning bagi mewakili warna Diraja. Rekabentuk dengan pindaan ini telah diperkenankan Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.

Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan menerusi perkenan Majlis Raja-raja Melayu telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu seperti berikut:

“That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet.”

Rekabentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam satu majlis pengibaran bendera yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor. Majlis yang berlangsung pada jam 9.30 pagi itu turut dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan para pegawai King George VI.

Bendera Malaysia Bertukar Nama
Pada 11 Julai 1995, Datuk Hashim Mat Idris telah mengemukakan usul kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad agar satu nama khas diberikan kepada Bendera Malaysia.

Pada 1 Julai 1996 pula, urusetia yang dibentuk untuk tujuan ini telah mengemukakan 75 cadangan beserta ulasan dan huraian. Tiga nama telah disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara. Walau bagaimanapun, tiga nama ini telah ditolak oleh Jemaah Menteri ketika bermesyuarat pada 11 September 1996.

Lalu 28 nama lagi dicadangkan pada 2 Jun 1997. Tiga nama telah disenaraipendekkan mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang. Akhirnya nama Jalur Gemilang telah dipilih sebagai nama khas kepada Bendera Malaysia menewaskan 28 cadangan yang telah dikemukakan seperti Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya. Nama ini telah diusulkan oleh seorang pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin.

Setelah 47 tahun digelar sebagai Bendera Malaysia, sempena hari ulangtahun kemerdekaan kali ke-40, pengisytiharan Jalur Gemilang telah dilakukan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 31 Ogos 1997, jam 11.58 pagi di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Maksud Nama, Lambang Dan Warna
JALUR – menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih yang menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.

GEMILANG – bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian, Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa jua bidang kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu-padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara sama ada di dalam atau di luar negara.

Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang yang sama lebarnya, tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan:

1.Johor
2.Kedah
3.Kelantan
4.Melaka
5.Negeri Sembilan
6.Pahang
7.Pulau Pinang
8.Perak
9.Perlis
10.Sabah
11.Sarawak
12.Selangor
13.Terengganu
14.Wilayah Persekutuan
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan sebagai tanda agama persekutuan iaitu Agama Islam. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Warna biru ini melambangkan rakyat yang bersatu-padu dan hidup dalam kerukunan dan kedamaian. Warna merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran. Manakala warna putih pula melambangkan keluhuran budi dan keikhlasan hati. Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara.

Panduan Bagi Ukuran Jalur Gemilang
Berikut adalah panduan dan ukuran piawai bagi sebuah bendera Malaysia. Rekabentuk ini tidak boleh dilukis atau diubah sesuka hati. Sebarang pengecilan atau pembesaran bagi rekabentuk ini hendaklah mengikut nisbah ukuran piawai yang telah ditetapkan.

Kami di 3N Pesona Picture Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Pada 31 August 2009....





© Pidgin Technologies Ltd. 2008.